Friday 25 November 2011

Makanan Tradisional Sarawak

1. Kek Lapis Sarawak
Kek lapis Sarawak merupakan sejenis kek/kuih yang paling popular di sarawak. Kek lapis nie popular ketika sambutan perayaan di sarawak spt Hari Raya, Krismas, Gawai Dayak, dan tidak ketinggalan Tahun Baru Cina! Kek ini mempunyai berpuluh-puluh jenis corak atau pattern dan setiap jenis mempunyai nama tersendiri yang dicipta oleh orang yang mula2 mencipta corak atau pattern kek tu. Harga kek juga bergantung kepada besar, jenis corak dan kepayahan membuat kek tersebut.... so, semakin besar, semakin banyak corak, semakin susah membuat kek tersebut... maka semakin mahal la harga kek tersebut.
Contohnya: kek lapis jenis 'roll' dengan pattern biasa, saiz 8" x 8" x 4", 3.5kg berharga RM198.00 setiap satu. (Harga berdasarkan salah seorang penjual kek lapis)
Berikut adalah beberapa jenis dan nama kek lapis
1. Jenis 'Roll'

  Tikar mengkuang                      Kristal

          Rosalinda                         Kipas

     Bunga Tanjung                  Batik Jawa
  
              Myvi                                Mawarku
   
            Perisai                            Bunga Lilin
  
       Bintik-bintik                              Berlian

2. Jenis biasa
   
               Tulip                        Pua Kumbu
 
           Ketupat                           Astro
    
Aiskrim Anika Rasa        ??? (x tau...hehe)


Jeng jeng~~~ Banyak kan jenis kek lapis?? sedap eh!

2. Laksa Sarawak
Laksa sarawak 100% berbeza daripada laksa-laksa di semenanjung baik dari segi 'mee' yang digunakan dan kuahnya! Laksa Sarawak, walaupun kuahnya nampak seperti kari...tapi sebenarnya bukan lah seperti rasa kari...atau seperti mee kari. Laksa sarawak rasa lemak, dan dicampur dengan daging ayam rebus yang dicarik-carik, tauge rebus separuh masak, udang rebus, hirisan telur goreng...dan bbrp bahan lain. Semasa dihidangkan... laksa sarawak dihidangkan bersama dengan sambal belacan dan limau kasturi. Nak makan? campur jer benda tu...klu nak makan tanpa sambal ngan limau...pun tetap sedap :p Harga? semangkuk Mac biasanya makan rm 2.50 :p
Kat bawah ni adalah contoh beberapa laksa sarawak





3. Mee Kolok
Mee Kolok pada asalnya bukanlah makanan asal bumiputra Sarawak...mee kolok adalah makanan yg dibawa oleh masyarakat cina sarawak yg datang berhijrah ke sarawak...Oleh sebab itu la mee kolok banyak dihidangkan di semua kedai makanan cina di Sarawak! Mee kolok antara mee yg popular di Sarawak, dan semakin terkenal di kalangan masyarakat Melayu, walau bagaimanapun tidak banyak kedai makanan Melayu yang menghidangkan mee kolok...dan terdapat sedikit pengubahsuaian rasa hidangan...tetapi tetap mee kolok jugak :p Mee kolok halal (untuk muslim) boleh didapati di kedai melayu yang ada menyediakan menu ini ataupun di Food Court Shopping Complex. Harga mee kolok adalah RM 2.00 -RM 2.50
Terdapat beberapa istilah yang merujuk kepada mee kolok.
1. Mee kolok (Melayu)
2. Kampua (Cina)
3. Mi Rangkai/ Mi kering (Iban)
Kat bawah nie adalah gambar mee kolok yang dihidangkan di kedai makanan cina...




4. Mee Kuching dan Kueh Tiaw Tomato
Kedua-dua mee ini popular di kalangan masyarakat sarawak...tetapi tidaklah sepopular Laksa Sarawak dan Mee Kolok. Kedua-dua jenis mee ini senang didapati di kedai makanan cina, dan restoran2 ataupun food court (halal) di shopping complex.
Bagi Mee Kuching, mee ini byk terdapat di Kuching dan juga dikenali sebagai Mee Dawai. Ini adalah disebabkan mee ini keras dan ranggup semasa dihidangkan.

        Mee Kuching atau Mee Dawai


5. Manok Pansoh
Manok Pansoh adalah sejenis makanan dimana ayam dimasak dalam buluh. Makanan ini merupakan makanan tradisional masyarakat Iban. Cara menyediakannya sama seperti menyediakan lemang di semenanjung.
'Manok' bermaksud ayam dan 'Pansoh' bermaksud dimasak dalam buluh
Dalam Bahasa Iban pula... dikenali sebagai 'Manuk Pansuh' ataupun ' Manuk Lulun'. Oleh sebab  cara masakan ini berasal daripada masyarakat Iban, maka selain ayam bahan2 lain seperti daging babi dan ikan disediakan mengikut cara yang sama.

Manok Pansoh yang telah dikeluarkan dari buluh


6. Tebaloi
Tebaloi merupakan sejenis biskut sagu yang merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Melanau. Bahan utama tebaloi ialah sagu. Makanan ini banyak dieksport ke luar negara dan merupakan salah satu makanan tradisional sarawak yang mempunyai permintaan yang tinggi.

         Tebaloi diproses secara tradisional

         Tebaloi dipotong menjadi kepingan

Tebaloi yang diproses secara kilang untuk dieksport

7. Umai
Umai merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Melanau. Umai juga dikenali sebagai 'Sushi Sarawak' kerana disediakan daripada ikan mentah. Ikan mentah dibersihkan dan diambil isinya dan diperap bersama limau dan bawang merah. Terdapat juga dicampur dengan hirisan cili mentah dan beberapa bahan sampingan lain. Umai yang paling biasa dijumpa adalah Umai Ikan. Umai lebih sedap jika dihidangkan terus setelah disediakan atau dihidangkan sejuk setelah disimpan dalam peti sejuk.

Umai udang yang disediakan di restoran

                    Umai ikan

No comments:

Post a Comment