Saturday 5 November 2011

Makanan Tradisional Melayu



Makanan Tradisi Melayu
Makanan Melayu terkenal kerana rasanya yang pedas dan lauknya yang berempah. Ia banyak dipengaruhi makanan negara-negara jiran seperti India dan China. Pada waktu dahulu, Asia Tenggara didatangi ramai peniaga-peniaga dari negeri India, China dan juga negeri-negeri Arab yang datang dengan tujuan untuk berdagang. Mereka memperkenalkan makanan tradisional mereka dan makanan ini mempengaruhi makanan Melayu sekarang.

Otak-otak
otak2
Otak-otak diperbuat daripada isi ikan. Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah. Otak-otak yang dibungkus perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih panas.

Dodol
Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan yang manis. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa; tepung beras; gula pasir; gula melaka dan garam.

Bunga Pudak
Kuih bunga pudak merupakan kuih tradisional Melayu dan amat popular di negeri Kedah. Ia merupakan hidangan istimewa dan dinamakan sempena bunga pundak. Kuih bunga pundak mempunyai inti kelapa.
Buah Tanjung
Amat popular di negeri Kelantan dan merupakan hidangan istimewa. Berbentuk titisan air dan berwarna kuning. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur bercampur tepung dan disira dalam air gula.


Halwa maskat
Hidangan ini merupakan hidangan istimewa Pulau Pinang. Halwa maskat merupakan sejenis kuih berbentuk seperti manisan berbentuk segi empat seperti jeli yang dihasilkan dari minyak sapi, tepung dan gula.
Nekbat
Merupakan makanan pencuci mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, dan dibakar. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering dan apabila ia sedia dihidang, nekbat akan direndam dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih.

No comments:

Post a Comment