CHEONGSAM
- Pakaian tradisional bagi kaum cina perempuan ialah cheongsam.
- Cheongsam ialah baju panjang selesa dan anggun.
- Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain.
- Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan jenis kain lembut
SAMFOO
- Samfoo adalah baju pendek yang biasanya dipadankan dengan seluar.
- Pakaian ini sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan cina.
- Lazimnya samfoo diperbuat daripada fabrik satin cina dan ditenun dengan motif-motif tertentu.
JUBAH LABUH
- Jubah labuh dipakai oleh kaum lelaki cina.
- Pakaian ini sesuai digunakan dalam majlis dan upacara tertentu.
- Kebanyakan jubah labuh masih dihasilkan di China.
BAJU SHANGHAI
- Baju Shanghai ialah baju pendek yang dipakai oleh golongan wanita.
- Ianya dipadankan bersama skirt atau kain labuh.
No comments:
Post a Comment